Pages

Sunday 2 February 2014

Cara Mudah Selawat 100 Kali Sehari :)

Assalamualaikum .



Bismillahirrahmanirrahim...


Allahumma solli 'ala sayyidina muhammad
Allahumma solli 'ala sayyidina muhammad
Allahumma solli 'ala sayyidina muhammad


Kat sini wida nak share sikit cara mudah untuk kita selawat 100x dalam sehari. Semua sayang Rasulullah saw kan ? Mestilah, cinta hati kita. Sayang Rasulullah, perbanyakkan selawat ke atas Baginda dan ikut sunnah-sunnahnya.


Oke, cara-caranya adalah,

Bangun aje dari tidur, kita selawat 10 kali. *Nak lebih lagi bagus

Selesai solat subuh, selawat 10 kali.

Selesai solat Zuhur, selawat 10 kali

Selesai solat Asar, selawat 10 kali

Selesai Solat Maghrib, selawat 10 kali

Dan selesai solat Isyak tu, kita selawat lagi 10 kali. Baru 60 kan?


lagi 40 kali tu, kita buat masa selepas kita solat sunat Dhuha, 10 kali.

Sebelum tidur kita solat sunat Taubat dulu kan? oke, 10 kali.

Dan sebelum tidur tu, kita selawat lagi 20 kali.

Haa, cukup 100 kali kan? mudah jer kan? kita cuba istiqomah yang macam ni dulu, lama-lama kita boleh jadikan lebih dari seratus kan? kita buat sikit-sikit pun takpe, janji berterusan. Itu yang Allah swt suka ^_^ .


*Oke, sikit lagi pesanan dari penaja, ecehh. Sebelum kita tidur tu, biasakan mulut kita ni berzikir pada Allah swt, biasakan tangan kita ni pegang tasbih dan teeeeeruss berzikir, kalau boleh biar sampai terlelap pun takpe. Kita cuba yea. InsyaAllah . :)







Thanks For Reading This.. Muahxx

Siapakah Dia?

Assalamualaikum .



Sifat malunya sangat tinggi, itulah kecantikannya yang sebenar.

Pandai bergaul, tetapi tidak terlalu bebas dan terbatas.

Pakaiannya kemas, tetapi tidak mewah dan terlalu berlebih-lebihan.

Percakapannya sopan dan tidak pula suka menyindir dan memuji2 diri.

Maruahnya dijaga, kerana itulah harga dirinya.

Auratnya dijaga, kerana itulah aibnya.

Matanya selalu tertunduk di hadapan ajnabi dan tidak pula suka memandang perkara yang haram.

Siapa Dia? Dialah Muslimah...









Thanks For Reading This.. Muahxx

Saturday 1 February 2014

Surat Cinta Untuk Allah...

Assalamualaikum .



Memang dah lama sangat wida tak sentuh blog ni...dah lama sangat tak bukak, selalu aktif dengan twitter and IG jer, pastu nak menaip buat entry punya laa lama sebab xdak idea, :p

Malam ni tetiba rindu dengan blog kesayangan ni , nak share something kat sini....


Bismillah.....


Ya Allah..terima kasih untuk 'hadiah' ini...
Hadiah yang sangat istimewa untuk diri ini...
Hadiah yang membawaku keluar dari jalan yang gelap ke jalan yang cerah...jalan yang benar...
'Hadiah' yang akan kekal aku simpan dan terus ingat....

Ya Allah...
Terima kasih kerana menganugerahkan kasih sayangMu untukku..
Terima kasih di atas segala RahmatMu..

Ya Allah...
Terima kasih kerana menjagaku setiap saat..
Mengawalku setiap masa..
Menyayangiku setiap waktu..
Yang selalu ada saat aku futur mahupun rebah..

Ya Allah...
Terima kasih untuk segala teguran dan tarbiyah dariMu..
Tiada yang boleh menyayangiku lebih dariMu..
Tiada yang boleh menjagaku lebih DariMu Ya Allah..
Sungguh Engkau Ar-Rahman..Ar-Rahim

Cinta ini...akan ku balas..
Dengan mengikut segala perintahMu..
Dengan meningkatkan ketaqwaanku..
Dengan meningkatkan keimananku..
Segalanya dengan izinMu..Allahurobbi..

Ya Allah, terima kasih untuk segalanya..
Sungguh hambaMu ini tenang...sangat tenang...




                               '' You remember me, I will remember you ''
                                                Surah Al-Baqarah : 152




Thanks For Reading This.. Muahxx