Pages

Wednesday 25 December 2013

Pesan Imam al-Ghazali.....

Assalamualaikum .
I mam al-Ghazali ada memberi nasihat untuk membersih hati daripada penyakit yang memyebabkan seseorang itu merasa ria', bangga, ego dan sebagainya.

♥ Apabila kamu berjumpa dengan orang yang lebih tua hendaklah kamu mengatakan bahawa mereka lebih baik daripada kamu kerana mereka telah lama hidup dan telah banyak amalan yang mereka lakukan.

♥ Apabila kamu berjumpa dengan orang yang lebih muda atau kanak-kanak maka hendaklah kamu mengatakan bahawa mereka lebih baik daripada kamu kerana mereka baru sedikit melakukan dosa berbanding kamu yang lebih lama hidup dan lebih banyak dosa.

♥ Apabila kamu berjumpa dengan orang melakukan maksiat maka hendaklah kamu berkata bahawa mereka melakukan maksiat kerana jahil tentang dosa dan pahala sedangkan kamu melakukan maksiat sedangkan kamu mengetahuinya.

♥Apabila kamu berjumpa ulama' atau orang alim maka kamu hendaklah mengatakan mereka lebih baik daripada kamu kerana mempunyai banyak ilmu sedangkan kamu kurang ilmu.

posted from Bloggeroid


Thanks For Reading This.. Muahxx

Sunday 8 December 2013

Indahnya persahabatan kerana Allah... ❤ ❤

Assalamualaikum .




Kelmarin, wida bersama-sama sahabat lain ada mengikuti satu program yang dianjurkan oleh sahabat usrah kami juga, iaitu Group HM. Memula wida tak brapa pasti ley join or tak memandangkan wida tak berapa sihat, but cuba jugak gagahkan diri untuk ikot program ni. hee..Alhamdulillah wida diizinkan olehNya untuk pergi ke sana. 

Serius, satu pengalaman yang memang wida tak boleh lupakan, sangat seronok bila berkumpul ramai-ramai dan lakukan street dakwah bersama-sama, berjumpa dengan masyarakat sekeliling dan berkongsi ilmu tentang penjagaan aurat bagi kaum wanita. Ada yang memberi kerjasama dan ada juga sebaliknya..ya..bukan mudah nak berdakwah face 2 face ni, hati kena kental beb..kalau tetiba kena herdik and perli tu kena buat rilex jer, sebab kita buat semua ini kerana Allah kan..dan mesti kuat juga kerana Allah.

Ini adalah antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program berjalan. Alhamdulillah dengan izinNya, segalanya dipermudahkan.




Semasa menjalankan aktiviti ni, tak sangka boleh terserempak dengan ustaz Don dekat situ, sempat lagi ustaz bagi sedikit tips/nasihat pada kami semua tentang cara-cara berdakwah dan berdepan dengan masyarakat sekeliling. Ustaz memang sporting habis, macam mana kita tengok beliau di tv, begitu juga beliau di luar, sangat mesra. Ustaz ada hal sebenarnya, kami tanya '' ustaz nk pergi mana ni? '' dan ustaz jawab '' saya sebenaqnya nak cari mak saya ni, mana pergi ni '' (loghat ustaz Don..ehehe).. 










Dan yang last sekali sesi bergambar..yang ni seronok..ehehe..Sahabat semua sporting. Ada yang datang jauh dari Brunei. Alhamdulillah diberi peluang untuk berjumpa dan dapat merapatkan lagi ukhuwah..Benar, bila kita bersahabat dan berkasih sayang kerana Allah, rasanya indah sangat.. Moga ukhuwah ini kekal hingga ke jannah..ana sayang antunna..jiddan.




Thanks For Reading This.. Muahxx

Friday 22 November 2013

Perginya seorang Wira Uthmaniyyah...

Assalamualaikum .




Rasa-rasanya wida tak perlu nak terangkan lebih-lebih siapa Al-Marhum Ahmad Ammar Bin Azam ni sebab semua dah tau kan? so wida share sikit-sikit jer oke.

Bismillah...

Beliau digelar oleh sahabat-sahabatnya sebagai “Syahid yang tertangguh”. Beliau memilih bidang sejarah di Universiti Marmara dengan mendapat biasiswa Kerajaan Turki. Semangatnya untuk mendalami sejarah Uthmaniyyah dan melihat Kerajaan Islam kembali tertegak selari dengan cita-cita ayahanda dan bondanya.Sememangnya beliau dilahirkan di dalam keluarga yang mementingkan ilmu, ibadah, dakwah dan pengorbanan.

Ayahandanya Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman, mantan Presiden Abim sudah tidak asing lagi bagi para pendakwah dan gerakan Islam di Malaysia. Ahmad Ammar satu-satunya anak lelaki kepada pasangan Tn. Hj Ahmad Azam Abdul Rahman dan Puan Nur Azlina Aziz.Sungguh bagi remaja semuda Ammar, untuk mendengar alunan Quran sebagai halwa telinga mungkin menjadi pilihan yang terakhir sekali. Namun tidak untuk Ammar. Malah pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia. Misi ke Syria begitu menyayat hati, seolah-olah Ammar tertinggal hatinya di Syria. Meskipun letupan demi letupan meletus di kiri dan kanan malah terlalu hampir dengan hospital tempat penginapan mereka, namun Ammar teguh tidak gentar ingin terus membantu Syria. Allahu Akbar! 

Sejak pulang dari Syria itulah sahabat-sahabat menggelarnya “Syahid yang Tertangguh”. Ahmad Ammar Ahmad Azam telah pergi menemui Penciptanya pada usia 20 tahun di dalam kemalangan jalan raya lima hari yang lalu di Istanbul, Turki. Alangkah bertuahnya ayahanda dan bonda beliau kerana dapat menyaksikan sendiri perjalanan terakhir seorang anak dengan pengakhiran yang baik. Ribuan manusia memenuhi Masjid Abu Ayyub al-Ansari, malah dimakamkan berhampiran sahabat agung Rasulullah saw iaitu Abu Ayyub al-Ansari yang berjihad untuk membebaskan Konstantinopel dahulu.

Seorang sahabat menulis, Ammar adalah “Muhajir” dan menjadi tetamu kepada Abu Ayyub al-Ansari. Subhanallah indahnya “tawafuk” yang disusun Allah dan bukan kebetulan.

..Allahyarham Ahmad Ammar, bersemadilah engkau disana.Allah menyanyangimu. Sungguh, hidupmu bersama perjuangan, matimu pula ketika dalam perjuangan. Ditakdirkan Allah, jasadmu juga bersama para pejuang2 agama Allah yang mati mereka juga di dalam perjuangan. Al fatihah.....







Thanks For Reading This.. Muahxx

Aku dah berubah beb..kau hado?

Assalamualaikum .





                                                            (Pemilik Asal)


Bila kita dah slow2 berhijrah di jalan Allah, semuanya akan berubah, dari segi akhlak, pakaian, percakapan. Dari tak bertudung, dah bertudung..daripada berpakaian tak cukup kain, dah berpakaian sempurna. TAPI...sayangnya, ada sesetengah kita, bila dah berubah, suka pulak dok mengutuk/kondem/mengata pada mereka yang belum lagi berubah ke arah itu..

Nak nasihat boleh, tapi biar berhikmah. Nasihat. bukan Mengutuk. bukan perli2 mereka dengan mnggunakan kata2 yg kasar. Ingat, kita dulu pun macam mereka jugak, tapi dengan izin Allah, Alhamdulillah kita berubah, benci maksiat yg mereka buat, bukan pelaku maksiat tersebut. Kalau kita benci pelakunya mcm mana kita nak nasihat baik/berhikmah. Tugas kita hanya nasihat, bantu, mereka akan berubah atau tidak, itu kerja Allah pula.Izin Allah. Hidayah itu kan milikNya.

Jangan pandang mereka seolah2 mereka memang kompemm masuk Neraka. Pengakhiran hidup mereka kita tak tahu lagi camne kan, sama macam kita jugak, kita pun tak sangka akan berubah sampai camni kan?
kita yang dah bertutup litup, berpurdah, berkopiah sentiasa ni belum tentu lagi macam mana pengakhirannya..BERDAKWAH bukan bermaksud nak tunjuk diri ni baik dari orang lain, tapi nak tunjuk SESUATU YANG BAIK untuk kita semua. Nanti kalau Allah tanya, kita boleh jawab, kita jalankan tanggungjawab kita, nasihat antara satu sama lain. Bukan buat tak tahu.

Moga Allah redha dengan setiap apa yg kita lakukan, moga Allah redha dengan penulisan ni. Jom sama2 gapai redhaNya !




Thanks For Reading This.. Muahxx

Thursday 21 November 2013

Mereka di sana...

Assalamualaikum .






Ku renung di luar jendela....pagi...keadaan baik...angin luar menyejukkan...segar hirup udara luar...terdengar suara kanak-kanak bermain . gembira. mereka gembira. bermain bersama teman-teman...
Terdengar pula bunyi kicauan burung2..Syukur Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang untuk rasa semua nikmat ni. Syukur ya Allah....
Tapi......
Sedang aku di sini...bagaimana nasib mereka di sana? nasib siapa? nasib saudara ku...saudara islam ku. saudara seagama ku. sedang aku bersenang lenang di sini...tapi mereka payah di sana..mereka sakit di sana...
Kadang-kadang aku terfikir..apa tugasku sebagai hamba Allah..Umat Islam...apakah hanya islam pada nama semata? jangan. jangan terlalu leka..tolong. lakukan kewajipan kau sebenar-benarnya...ya.
Sebenarnya luahan ku kali ini lebih kepada cerita tentang saudara ku disana. saudara kita. diri ini rasa sebak. sedih. betapa berat ujian mereka di sana. tabahnya saudaraku di sana...kuatnya mereka...
Kita di sini? masih di takuk lama. segelintir. lagha di sana. lagha di sini. masih tak endah dengan apa yang berlaku...ye, aku tahu,kita jauh..jauh dari mereka..apa yang mampu kita lakukan ? Doa sahabatku..Doa. Mohon. Doa buat mereka.....itu saja yang mereka mahukan dari kita di sini.
Bila melihat gambar-gambar saudaraku di zalimi di sana. aku tak sanggup. sungguh aku tak sanggup. yang kecil. yang tidak berdosa, turut menjadi mangsa. wanita pula, dirogol bergilir-gilir..dianiaya...Ya Allah...Ya Allah...Ya Allah....kuatkan mereka Ya Allah..selamatkan saudara islam kami....lindungilah mereka....Egypt.

InsyaAllah akan di update lagi. Assalamualaikum.

Thanks For Reading This.. Muahxx

Sunday 18 August 2013

Pengalaman memilukan seorang doktor Medan Rabaah Adawiyyah.

Assalamualaikum .

Disini ingin wida kongsikan sedikit pengalaman seorang doktor di Medan Rabaah Adawiyyah.

Hospital Medan Rabaah

Sebagai salah seorang peserta demonstrasi yang telah biasa berkhemah di Rabaah, saya memang berada di situ sejak Rabu pagi. Seawal jam 6 pagi, arahan dikeluarkan kepada semua agar meninggalkan khemah dan berada di dataran, dan sudah ada tanda-tanda kecemasan. Sekitar jam 6.30 pagi, saya mula mengalami masalah dengan isyarat talian internet menyebabkan saya termangu-mangu, dan ketika saya tiba di belakang “Tiba Mall” jam 6.40 pagi, barulah saya menyedari serangan telah bermula dengan lontaran bertalu-talu gas pemedih mata yang dilontarkan tepat ke tengah-tengah kawasan di mana peserta demonstrasi aman duduk.

Dalam tempoh beberapa minit, saya dapat melihat mangsa pertama dilumuri darah dari luka yang parah di tangan yang kelihatannya telah melibatkan sebahagian besar otot tangan kanannya. Sebagai pakar bius dan pakar perubatan kecemasan (critical care physician), saya mengambil keputusan untuk menawarkan diri bertugas di hospital Medan Rabaah sejak awal perhimpunan diadakan, iaitu selepas Presiden Morsi digulingkan.

Hospital medan agak tersusun. Ia barangkali telah belajar daripada dua episod pembantaian lepas. Walaubagaimanapun mangsa bertali arus masuk dan dengan segera, keadaan menjadi kelam kabut. Saya tidak merasai sendiri pengalaman ketika pembantaian “Republican Guards’ atau pembantaian Al-Azhar, maka saya berasa sangat terkesan melihat betapa ramainya mereka yang mengalami kecederaan pada hari ini.

Dalam masa kurang dari 3 jam, hospital dan ruang-ruang dewan berhampiran hampir penuh dengan mayat dan mereka yang cedera. Kecederaan yang dialami adalah sama ada dari peluru tabur (birdshot) kepada peluru hidup (live bullet). Kebanyakan luka dari peluru hidup dijumpai di bahagian atas badan dengan sebahagian besarnya di kepala dan leher yang langsung mengakibatkan kematian.

Sekitar jam 10-10.30 pagi, gas pemedih mata mula dilemparkan ke arah hospital, menyebabkan udara sekitar amat melemaskan dan semua kakitangan hospital mula memakai topeng mulut. Oleh kerana saya tidak berdaftar di hospital tersebut, saya tidak mempunyai bekalan topeng. Sukar bernafas, saya tinggalkan aras pertama, aras di mana pesakit diterima, dan cuba naik ke aras kedua untuk mencari topeng tersebut di bilik bekalan.

Di aras kedua, saya terjumpa sebuah bilik di mana kaum ibu membawa anak-anak kecil mereka berlindung dari asap pemedih mata yang cukup pekat itu. Saya akhirnya hanya menjumpai topeng biasa dan bukan topeng yang dapat melindungi dari asap pemedih mata.

Saya menyambung tugas membantu mangsa-mangsa baru yang tiba di hospital, tetapi keadaan semakin teruk dengan pertambahan jumlah mangsa. Ini termasuk kes-kes yang parah, asap pemedih mata (saya mendapat tahu kemudiannya botol gas ini dilemparkan dari atas oleh helikopter). Bunyi tembakan juga semakin hampir dengan hospital.

Jam 12.00 tengahari, terdapat arahan untuk mengosongkan hospital kerana terdapat kebimbangan serangan di situ. Semua staf di arah menyorokkan tag pengenalan identiti perubatan mereka, menyorokkan kot putih atau sarung tangan bagi mengelakkan tangkapan atau soal siasat.

Arahan meninggalkan hospital

Saya meninggalkan hospital tersebut dan melintasi satu dewan yang dipenuhi mayat-mayat mangsa serangan, dan kemudiannya melalui satu dewan lain yang penuh juga dengan mereka yang tercedera yang dikategorikan sebagai kurang teruk (apabila saya maksudkan kurang teruk, ini hanyalah bermaksud mereka ada beberapa jam untuk mengharungi kecederaan tanpa pemerhatian rapi, tapi sebenarnya, dalam keadaan normal, mereka adalah pesakit yang memerlukan pembedahan segera).

Hati saya sangat tersentuh tatkala saya melihat senario wanita dan orang tua yang hanya mampu menangis di samping anak-anak atau saudara mereka yang tercedera kerana memang tidak ada siapa yang dapat menolong mereka di tengah-tengah serangan berdarah ini.

Saya berdiri di sebuah koridor di belakang hospital, yang berdekatan dengan Masjid Rabaah. Di sini juga beberapa mangsa di kalangan pemprotes berlindung setelah mereka tiada lagi tempat di hospital. Salah seorang dari mereka yang cedera (ditembak di kaki) berkata kepada saya “Dr, kenapa berdiri sebegini? Pergilah dan pindahkan atau tolong pesakit lain”. Saya berasa sangat simpati kepada anak muda ini, yang tidak pedulikan kecederaan dirinya sendiri sebaliknya memikirkan sahabat-sahabat lain di tengah-tengah serangan berdarah ini.

Saya sendiri tidak tahu hendak ke mana setelah arahan mengosongkan hospital, jadi saya terus berlindung di situ, hampir dengan masjid di mana wanita dan orang tua berada. Bunyi tembakan peluru bersambungan dan semakin dahsyat, asap terus memenuhi ruang. Selepas beberapa minit saya lihat gas pemedih mata menguasai koridor di mana saya berdiri tadi, saya teringatkan pemuda yang menegur saya tadi dan yang lain yang tercedera, adakah mereka sempat dipindahkan atau tidak? Orang ramai mengipas-ngipas ruang udara mereka dengan baju dan kain untuk cuba mengusir asap dan bau yang cukup melemaskan itu.

Hospital di Rabaah

Selepas sejam, saya berjumpa seseorang dari hospital medan tadi, dan dia memberitahu sebuah hospital dari badan kebajikan Rabaah telah dibuka untuk menerima pesakit. Saya segera ke situ dan segera bertugas kembali, saya merasakan sedikit lega kerana dapat bekerja di hospital sebenar, apatah lagi sahabat-sahabat sekerja saya berjaya mendapatkan bekalan perubatan dari hospital medan tadi. Kami mula bekerja dan saya gembira kadar mangsa baru yang datang berkurang. Saya mula terfikir yang tentera telah memberhentikan serangan mereka.

Saya mula bekerja dengan kes yang ada dengan sepenuh kemampuan saya. Ada beberapa kes yang teruk. Salah satu daripadanya adalah kes seorang wartawan asing (saya diberitahu bahawa mereka dari Sky News) telah ditembak di bahagian bawah dada, mengalami pendarahan yang banyak sehingga beliau kelihatan pucat. Saya sempat memberitahu rakan-rakan wartawan tersebut yang sahabat mereka memerlukan pembedahan segera (hanya beberapa minit kemudian, saya telah tidak dapat menemukan mereka, dan tidak tahu sama ada sahabat mereka terselamat atau tidak). Namun saya sempat berpesan kepada kumpulan wartawan ini, jika mereka boleh memberitahu dunia, untuk menyeru tentera supaya jangan mensasarkan hospital dengan serangan peluru hidup dan gas pemedih mata.


Sniper mensasarkan hospital

Dalam keadaan yang agak aman ini, saya turun ke aras bawah tanah untuk cuba merehatkan diri, tapi nasib saya, saya terjumpa dua orang yang kebetulan dari kampung halaman saya. Mereka bertuah kerana hanya cedera dengan tembakan di kaki dan di betis, dibandingkan dengan kes-kes di luar sana.

Saya kemudiannya melakukan bantuan kecemasan resusitasi (CPR) kepada seorang mangsa lain, malangnya tidak berjaya menyelamatkan beliau. Saya cuba membantu pasukan perubatan untuk memindahkan jasad beliau, tapi kami diberitahu bahawa peti penyejuk tempat simpanan mayat telah pun penuh dengan lebih 40 mayat, dan diarah membawa mayat tersebut ke tingkat 3. Saya amat terkejut melihat dewan di tingkat 3 juga penuh dengan 30-40 mayat.

Saya meletakkan jenazah ke satu bahagian di situ, dan turun ke tingkat bawah, hanya untuk kemudiannya diberitahu bahawa pintu masuk ke hospital sekarang adalah di bawah ‘ehsan’ seorang penembak tepat (sniper) yang akan menembak sesiapa sahaja yang cuba masuk ke hospital.

Satu pemandangan yang memilukan melihat orang ramai berlari membawa sama ada bekalan hospital, ataupun mangsa yang tercedera, dengan susah payah mengelakkan diri dari sniper yang juga mensasarkan tembakannya hatta kepada mereka yang cuba mengintai di balik tingkap hospital.

Tidak berapa lama kemudiaan, tembakan sniper itu mengenai kaca tingkap yang pecah berderai. Jam 3 petang, keamanan yang kami nikmati seketika hancur dengan ramai lagi mangsa dibawa ke hospital dengan kecederaan yang lebih parah daripada apa yang dilihat di sebelah pagi tadi. Saya melihat mangsa yang berkecai kepalanya dan bersepai tisu otak di atas lantai. Saya juga melihat mangsa dengan tembakan yang disasarkan tepat mengenai kepala dan leher, ditembak sniper.

Jam hanya menunjukkan jam 4 petang, apabila lantai di aras bawah tanah dan tingkat satu telah mula penuh dengan mereka yang tercedera dan terkorban. Saya tahu, di aras lain pun keadaannya serupa. Terdapat beberapa ambulan yang cuba memindahkan pesakit dari pintu belakang, tetapi dengan kecederaan parah mangsa-mangsa yang ada, saya rasa mereka hanya dapat memindahkan sekitar 5% sahaja dari keseluruhan yang memerlukan pembedahan. Keadaan semakin teruk, kami tidak dapat merawat semua kes yang baru tiba. Kami hanya memikirkan kes-kes yang mempunyai peluang cerah untuk hidup walaupun bilangannya sedikit.

Lantai dilumuri darah, dan pesakit baru terpaksa dibawa merentasi mereka yang lain yang telah ada di atas lantai. Saya bekerja seperti sebuah mesin, dan tidak percaya saya masih hidup melihat perkara ini terjadi di negara saya sendiri. Saya pernah menjadi sukarelawan di hospital lapangan di Dataran Tahrir pada tahun 2011, tetapi tiada yang dapat dibandingkan dengan pembantaian Rabaah ini. Saya sehinggakan tidak sempat mengambil gambar pesakit atau dokumen mereka kerana terlalu sibut menyelamatkan nyawa.

Bau kematian berada di mana-mana, dan baju saya basah dilumuri darah. Saya terpaksa menulis sebuah buku jika harus menceritakan semua pesakit yang saya rawati.


Polis menyerang hospital

Jam 5 petang, peluru sekali lagi menghujani pintu, dan meranapkannya sama sekali. Bunyi tembakan semakin dekat dan bingit. Setengah jam kemudian, tembakan dilepaskan ke Jabatan Kecemasan yang dipenuhi dengan pasukan perubatan dan mangsa.

Ketakutan menyelubungi hospital dan semua orang seperti terperangkap di tempat sendiri. Sepuluh minit kemudian, pegawai polis memecah masuk ke hospital. Mereka berbadan besar dan memakai pakaian khas berwarna hitam dengan senjata api besar, yang belum pernah saya lihat sebelum ini. Mereka mengarahkan semua orang meninggalkan hospital.

Perdebatan tercetus di antara kami tentang apa yang kami perlu buat dengan ratusan yang lain yang tercedera yang masih hidup di hospital, dan adakah kami dapat mempercayai polis-polis ini, namun apabila seorang polis masuk ke ruangan di mana kami berada, seorang demi seorang mula beredar.

Ketika mula beredar, saya memberitahu seorang polis, yang masih terdapat mereka yang tercedera di hospital itu. Dia menjerkah saya berkata “Biarkan mereka mati! Biarkan mereka mati!” dan berjalan ke arah saya dengan senapang yang besar itu, seakan ingin menyerang saya. Nasib baik, saya sempat lari menerusi pintu kaca yang pecah ketika dia sibuk dengan mereka yang lari ke arah berlawanan.


Polis membakar hospital

Di luar hospital, keadaanya lebih mengerikan, mayat-mayat di atas jalan, dan tembakan di sana sini. Kami berjalan di sepanjang tembok dengan tembakan demi tembakan dan saya tidak tahu jika orang di belakang saya terbunuh atau tidak. Saya berjalan terus ke jalan berhampiran, risau jika saya ditembak atau ditangkap, tapi nampaknya polis sibuk dengan saki-baki pemprotes di tempat protes tadi.

Saya toleh ke belakang dan lihat asap tebal, setelah mereka membakar hospital dalam keadaan masih ramai orang di dalam, mayat-mayat dan mereka yang tercedera yang tidak dapat meninggalkan hospital.

Sehingga saat ini, saya tidak dapat melupakan kes terakhir saya, seorang tua yang datang setelah ditembak di kepala, tetapi beliau masih hidup. Beliau ditemani oleh anak saudaranya yang berumur antara 15-16 tahun. Saya lakukan bantuan kecemasan , memasukkan tiub intubasi (intubation) dan meminta anak saudaranya mengepam udara masuk ke ruang pernafasan menggunakan pengepam (ambu-bag breathing). Dalam perjalanan keluar, saya masih terlihat riak wajah tak berdaya remaja ini memohon pertolongan dari kami untuk bapa saudaranya. Bapa saudaranya mungkin terbunuh dengan terbakarnya hospital, tapi saya tidak tahu nasib remaja ini.

Saya berjalan keluar, berfikir, adakah spesies manusia yang menyerang kami, atau bukan. Segala tembakan adalah untuk membunuh, dan segala keceraan adalah di luar imaginasi. Saya tidak mahu percaya bahawa saya telah hidup melihat penduduk Mesir terbunuh di jalan-jalan dan hospitalnya dibakar, dengan pesakit masih di dalamnya.

Jika ini berlaku kepada kita, oleh mereka yang juga kaum Mesir yang sepatutnya melindungi kita, apa akan terjadi jika kuasa asing menyerang negara kita? Saya menulis setiap baris ini dan saya masih tidak mempercayainya. Saya berharap semua ini adalah mimpi ngeri yang saya akan terjaga darinya.

Coretan ini ditulis oleh Dr Islam Abdel Rahman, doktor pakar bius (anesthetist). Medan Rabaah. 9.44pm, 15 Ogos 2013. Gambar Garis Masa · pada Jumaat pukul 4.05 ptg
Thanks For Reading This.. Muahxx

Thursday 11 July 2013

Benar kata Ustaz

Assalamualaikum .


Sedikit perkongsian untuk kita.Semoga bermanfaat.

Bulan Ramadhan itu bulan yang mulia. Bulan yang penuh dengan keberkatan. Dipanggil bulan festival dimana  masing-masing berebut membuat amal sebanyak mana yang mungkin, kerana besar ganjarannya. Banyakkan melakukan amalan-amalan sunat di bulan yang mulia ini sahabat, seperti tarawih, tadarus , sedekah. zikir dan bermacam2 lagi..

Selain itu, dalam kita berpuasa, sifat sabar itu harus ada dalam diri , jangan dok merungut saja. Dan sabar itu terbahagi kepada tiga :

Sabar melakukan ketaatan pada Allah.

# Dimana sabar melakukan segala perkara yang Allah suruh. Lakukan dengan Ikhlas.

Sabar daripada melakukan perkara-perkara yang diharamkan.

# Elakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah Allah. Jauhkan diri dari maksiat. Pujuk diri dari melakukan perkara-perkara yang boleh mengelapkan hati dan jauh dari Allah swt.

Sabar pada perkara-perkara yang sakit pada jasad.

# Sabar dalam menahan lapar dan dahaga.

Seperti yang dinyatakan tadi , elakkan dari melakukan perkara-perkara yang haram, benar, perkara yang tidak elok dan dilarang itulah seronok dilakukan. Dan perkara yang disuruh itu juga yang payah sangat kita nak buat kan? kata ustaz, itu semua ujian. Ujian untuk kita. Allah tidak menciptakan kita dengan sia-sia, tapi bersebab. Sekuat mana kita mampu dengan ujian itu. 

Manfaatkan lah bulan Ramadhan ini dengan sebaik yang mungkin, Jadikan ia lebih superbb dari yang lepas ye . Rasulullah saw mengaminkan 3 kata-kata malaikat jibril, iaitu :

- Amat malang apabila umatmu tidak memanfaatkan bulan yang mulia ini seperti tidak berzikir, istighfar, solat taubat dan perkara sunat yang lain.
- Amat malang apabila namamu disebut, tapi mereka tidak berselawat ke atas kamu.
- Amat malang apabila mereka gagal manfaatkan kedua2 orang tua mereka, seperti berbakti kepada orang              tuanya.

Dan Rasulullah saw telah mengaminkan sebanyak tiga kali kata-kata malaikat Jibril itu.

Ramadhan juga boleh dikatakan seperti kem latihan untuk kita dalam ke arah pembentukan roh dan fizikal. Kata ustaz lagi, jadikan Ramadhan itu seperti tetamu kita, apabila ia datang, layanlah dengan baik dan ikhlas.   ^_^



*kenapa rasa macam formal sangat ayat wida ni? erkk. takpe janji faham ye ye ye.


Thanks For Reading This.. Muahxx

Monday 24 June 2013

Pegangan -pengangan Syiah yang Menyesatkan.

Assalamualaikum .






Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi.

Agak lama wida tak jenguk blog ni, hehe.. busy dengan kerja. Tapi takpe, wida sempat lagi nak share tentang Syiah kat sini. Wida ambil artikel ni pun dari kawan wida.


Disini ada serba sedikit mengenai Syiah.Moga-moga bermanfaat.


Syiah berasal daripada Abdullah bin Sa'ba, iaitu seorang Yahudi dari San'a ,Yaman. Dia datang ke Madinah semasa zaman Saidina Uthman r.a dengan berpura-pura memeluk islam (munafik) dan berlagak alim untuk menyebarkan dakwah bahawa Ali r.a adalah pengganti Nabi s.a.w manakala khalifah sebelumnya merampas kuasa daripada Ali dan Ahlul Bait.


Syiah adalah golongan yang mendakwa Saidina Ali sebagai pengganti Nabi Muhammad s.a.w yang sah dan lebih utama daripada para sahabat lain. Golongan Syiah merendah-rendahkan kedudukan para sahabat Nabi serta mengkafirkan mereka terutamanya 3 khalifah al-Rasyidin iaitu Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan Saidina Uthman.




Berikut adalah pegangan-pegangan Syiah yang MENYESATKAN :


- Mereka mendakwa bahawa malaikat Jibril TERsalah menghantar wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w sepatutunya diutus kepada Saidina Ali.


- Ulama Syiah menghalalkan liwat kepada isteri, sedangkan liwat ini diharamkan Nabi Nabi s.a.w kepada kita dan mereka beritikad (beriman) bahawa tiada kefarduan solat Jumaat.


- Syiah percaya bahawa para imam mereka adalah Maksum sehingga mengatasi Nabi dan bebas daripada dosa. Selain itu, para Imam Syiah bebas daripada kesalahan, ghaflah (lalai) dan lupa samada dengan sengaja atau tidak sengaja serta kedudukan imam itu mengatasi kedudukan kenabian. Ini kesepakata golongan terdahulu dan golongan terkemudian Syiah. Sebab itu para Imam Syiah mempunyai kuasa mutlak dan hak serta pemilihan dalam MENGHALALKAN yang haram dan MENGHARAMKAN yang halal.


- Syiah percaya bahawa al-Quran yang wujud ditangan kaum muslimin pada hari ini telah mengalami perubahan. Perkara ini diakui oleh ulama mereka seperti al-Kulaini dan Muhammad Baqir al-Majlisi dalam karangan mereka. Syiah juga mendakwa mereka memiliki al-Quran yang disebut sebagai '' MASYAF FATIMAH '' dan ia 3 kali ganda banyaknya daripada al-Quran yang kita miliki.


- Syiah tidak mengiktiraf hadis-hadis Nabi yang diriwayatkan oleh kebanyakan para sahabat. Menurut Syiah, Umat Islam telah kufur selepas kewafatan Rasulullah s.a.wkecuali tiga atau empat orang sahabat iaitu al-Miqdad bin al-Aswad, Abu Dzar al-Ghifari dan Salman al-Farisi. Syiah hanya menerima hadis-hadis yang diriwayatkan oleh ahli al-bait atau kerabat Nabi sahaja.


- Penganut fahaman Syiah mengamalkan TAQIYYAH atau BERPURA-PURA. Ia bermaksud melaksanakan sesuatu yang bersalahan dan berlainan daripada kepercayaaNya. Sebagai contoh penganut fahaman Syiah membawa batu atau tanah Karbala dan sujud diatasnya ketika solat di masjid penganut Syiah dan menyembunyikan batu tersebut ketika solat di masjid-masjid bukan penganut Syiah.


- Penganut fahaman Syiah mengadakan upacara perkabungan ke atas kematian Saidina Husain pada Hari Asyura, 10 Muharram dengan berdukacita meratap dan menangis kesedihan, memalu(memukul) serta menyeksa tubuh badan dengan rantai besi, benda tajam atau sebagainya.


- Penganut fahaman Syiah mengamalkan MUTAAH yang bermaksud kahwin kontrak atau sementara. Iaitu berkahwin dengan seorang perempuan atau lebih tanpa saksi dan tanggungjawab nafkah dalam tempoh beberapa jam, semalaman, seharian atau lebih. Mereka berpendapat bahawa kahwin Mutaah adalah diharuskan dengan syarat wanita itu tidak bernikah atau bermutaah dengan sesiapa.


- Penganut fahaman Syiah sujud diatas batu atau tanah Karbala yang dibawa oleh mereka ketika solat. Mereka juga menganggap wujudnya keberkatan daripada batu tersebut dengan menciumnya ataupun memakannya sebagai penawar menyembuhkan penyakit. Batu tersebut adalah cebisan tanah yang diambil daripada perkuburan Saidina Husain di Karbala.


- Penganut fahaman Syiah meninggalkan solat Jumaat dengan alasan solat Jumaat hanya wajib ketika wujud atau hadirnya Imam Mahdi, mereka boleh memilih sama ada melaksanakan solat Jumaat atau melaksanakan solat Zohor. Umamnya, penganut Syiah meninggalkan solat Jumaat.


- Penganut fahaman Syiah mengamalkan JAMAK solat fardu iaitu Zohor dan Asar, Magrib dan Isyak sama ada dalam musafir atau tanpa sebarang sebab.




Sesungguhnya penyelewengan Syiah kepercayaan dan pengamalan Syiah yang berbeza dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah JELAS. Syiah menafikan dan menolak al-Quran yang ada di tangan kita hari ini. Syiah menolak hadis-hadis atau riwayat-riwayat para sahabat besar Rasulullah s.a.w. Penganut fahaman Syiah mengamalkan amalan-amalan yang telah difatwakan bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar oleh para ulama dan institusi Islam. Ya Allah Jauhi kami semua daripada FITNAH SYIAH.

Ini jer yang dapat wida update tentang Syiah setakat ni , InsyaAllah kalau ada apa-apa info terbaru wida update lagi yer. Terima kasih pada Ukhti salwa membenarkan saya untuk share artikel tentang Syiah ni. Alhamdulillah. Moga-moga bermanfaat.



                                                           SUMBER







Thanks For Reading This.. Muahxx

Saturday 18 May 2013

Baru sekarang nak sibuk

Assalamualaikum .


Hello hai !

Wida pun tak tau kenapa baru sekarang wida sibuk berblog , dulu tak pun . Blog ni sebenarnya dah lama . entry pun wida jarang letak . Sampaikan orang lain tolong update kan dulu . blogwalking pun tak pernah dulu .haha. betapa malass nya wida ni . Tapi sekarang baru rajin nak update selalu . mungkin sebab dulu asyik busy jer kot . Alasan.

Kebanyakan entry wida sume pasal diri wida and pengalaman wida . termasuk tips sikit-sikit tapi tak banyak laa . dan takde niat pun nak memerli.mengata sesapa yer . kalau ada pun yang berunsur pengajaran dan iktibar sesama kita if kita baca kan . takde niat lain. maaf kalau ada sesapa yang terasa oke . :)



Thanks For Reading This.. Muahxx

Monday 29 April 2013

Oppss ! 3M dulu sebelum keluar rumah

Assalamualaikum .


Hello..hai !

Entry pertama untuk malam ini adalah,berkaitan dengan wanita.Hah,wida memang suka bab nihh.Wanita oh wanita.Haii laa...Oke,wida ade beberapa perkara yang nak dishare untuk kakak-kakak and adik-adik seperti wida ni..adik? *tetiba geli semerbak bila wida digelar adik.eh tolonglah.

Wanita.sebelum anda mula melangkah untuk keluar  dari rumah. *bukan lari dari rumah.
Perlulah ada 3M..ape yang 3M tu?


Menjaga Aurat.
Cakap pasal aurat semua tau kan,sebelum keluar tu,and tengah pilih-pilih baju nak pakai tu,tanya dulu diri sendiri "baju yang akan aku pakai ni boleh membawa ker syurga atau neraka?" "boleh menutup aurat sepenuhnya atau tidak?" Tak rugi pun kita pakai baju yang tutup aurat sepenuhnya,sebab itu akan lebih membuatkan kita rasa selesa and terpelihara.Terpelihara dari pandangan yang bukan-bukan.


Meminta Izin.
Wanita.Sebelum keluar rumah,ada mintak izin dulu tak?Bagi yang dah kawin tu memang laa kena minta izin suami dulu kan?yang single mingle ni?mintak izin siapa yer?sudah tentulah parents kita kan?bagitau dulu mana kita nak pergi,atlez xde laa parents kita tu risau kan,tetiba jer dah lesap. 'mak,minah nak keluar jap g kedai sebelah ni,nak beli lolipop'. Hee. wida ade satu cerita.Cikgu ekonomi wida dulu selalu cerita pasal anak lelaki dia,mane anak dia nak pergi,anak dia akan call die and bagitau if nak keluar g mana-mana.Cikgu wida tu tinggal kt pahang,and anak dia tu blaja kat KL kalau tak silap wida.Bagus betol son dia tu kan,wida nak tanye soalan selanjutnya pasal anak dia tu,tapi takot cikgu wida pikir yang wida nak ngorat anak dia pulak kan,nanti tak pasal-pasal kena hempuk ngan buku.adehhh.


Menjaga Maruah.
And last sekali,pasal maruah,hmm..agak sensitif sikit.Wanita,apabila kemana saja kita pergi,jagalah imej kita sebagai seorang wanita.Wanita islam.Makin tinggi maruah seseorang,Makin tinggilah pandangan sekeliling pada kita.Dalam kata mudah,jangan sesekali kita buat perkara yang boleh memalukan diri kita sendiri kan?


Cukup tak 3M tuh?ni jer yang wida boleh share setakat ni.Kalau ada lagi tu,tambah-tambah la yer..so,sama-sama la kita ikut dan amalkan. :)



Thanks For Reading This.. Muahxx

Tuesday 2 April 2013

Adik-adik sekolah dengan novel cinta?

Assalamualaikum .


Novel?erkk....dah memang jadi hobi wida suka sangat baca novel,wida memang gila novel.baik gila novel dari gilakan benda lain kan.herkk.

Kalau ade mase terluang jer wida akan baca,kadang-kadang tu wida curi-curi mase bace novel kt ofis.erkk.*stakat ni tak terkantoi lagi.hukk

Novel yang dimaksudkan wida tu novel cinta tau,bukan novel remaja yang bebudak suka baca tu,kikikii.Tapi novel cinta ni pun ade jugak budak kecik suka baca.Apahal erk?

Wida pun tak tau ape sebab diorang pun(bebudak) suka layan novel cinta ni.Budak sekolah yang dimaksudkan,dalam umur 15 ke bawah camtu laa..

Semua tau kan,novel cinta ni kebanyakan nye,semua cerita cinta orang yang dah kawin.So jalan cerita die lain sikit la kan,agak sweet2 sikit,acecece.Tapi adik-adik yang sekolah lagi ni nak baca untuk ape?bukan masuk exam pun.Bukan cikgu tanya kat dalam class pun kan.

Wida tak cakap salah kalau adik-adik yang masih bersekolah ni nak bace,tapi kalau sampai 24 jam non-stop,boleh jadi salah jugak tu,kita akan jadi kusyuk bila bace sebab kita nak jugak tau jalan cerita dia sampai habis kan,selagi tak habis selagi tu la tak puas hati nak jugak tau kan.So bila da kusyuk sangat baca ni,buku sekolah pun jarang bukak laa yer...pastu mula berangan jaoh-jaoh bila bace novel kan.."watak lelaki tu sweet laa.." ape laa..Kan?

Jadi kene pandai la bahagi mase lepas ni kan,bukan lebihkan pada bace novel saja,nak nak novel cinta ni,tapi kalau tak baca pun tak per jugak,bukan penting pun,alaa...jiwang-jiwang ni...tunggu besar sikit pon boleh kan...hee.PEACE

.
posted from Bloggeroid

Thanks For Reading This.. Muahxx

Tuesday 19 February 2013

Hawa ♥

Assalamualaikum .






Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan...v(n__n)v ♥♥



Thanks For Reading This.. Muahxx

Sunday 17 February 2013

Tahukah Wahai Adam?

Assalamualaikum .





♥ Seorang MUSLIMAH yang tak MELAYAN LELAKI apabila DITEGUR , janganlah kau kata dia SOMBONG
♥ Seorang MUSLIMAH yang TIADA TEMAN LELAKI , janganlah kau kata dia TAK LAKU
♥ Seorang MUSLIMAH yang TEGAS dalam MEMELIHARA prinsip AURAT , janganlah kau kata dia KOLOT
♥ Seorang MUSLIMAH yang tak PANDANG kau tika BERSEMUKA , janganlah kau ingat kau HENSEM sangat sampai dia takut nak pandang , -_-

TAHUKAH KAU WAHAI ADAM…

Apa yg ada di sebalik sekeping hati MUSLIMAH itu ?
► Ketahuilah , dia sedang BERJUANG memelihara HATI engkau supaya TEGAR meletakkan ALLAH di atas singgahsana dalam hatimu…!
► Dia mahukan engkau , menjadi MUJAHID yang sibuk MENEGAKKAN kalimah haq berbanding melayani hawa nafsumu…!
► Betapa dia sangat takut andai dirinya menjadi punca KELALAIAN hatimu dalam menunaikan haq ALLAH...!
► Betapa dia sangat takut andai dirinya MENGKHIANATI haq ALLAH dgn mengambil alih singgahsana ALLAH dalam hatimu… ♥




Thanks For Reading This.. Muahxx

Keinginan Setiap Wanita...

Assalamualaikum .






❥ Janganlah hanya memandang kecantikan wajah dan tubuh wanita yang takkan pernah abadi..

❥ Tapi pandanglah kecantikan tutur kata serta kemuliaan akhlak serta kerendahan hatinya..

❥ Janganlah mencintai wanita kalau hanya dengan taburan hawa nafsu yang akan menjerumuskan..

❥ Tapi cintailah wanita dengan penuh ketulusan yang tumbuh dari lubuk hati yang paling dalam..

❥ Janganlah perlakukan wanita sebagai sesuatu yang hanya untuk dinikmati..

❥ Tapi perlakukanlah mereka sebagai wanita yang pantas untuk dikasihi dan disayangi..

❥ Janganlah menilai wanita hanya sebagai kaum yang sangat lemah..

❥ Tapi nilailah mereka sebagai wanita yang lembut nan ramah..

❥ Di saat mereka khilaf maka tuntunlah..

❥ Di saat mereka salah maka nasehatilah..

❥ Di saat mereka durhaka maka perbaikilah..

❥ Perlakukanlah wanita dengan penuh kelembutan serta kasih sayang..

❥ Karena begitulah harapan mereka para wanita..

❥ Berharap dimengerti dan dihargai.. (◡‿◡✿)



Thanks For Reading This.. Muahxx

Sunday 27 January 2013

Jumpe kawan lame !

Assalamualaikum .


      Smalam cuti paling bez laa sbena nye...sbb ape bez?haa,sbb wida dapat jumpe kawan lame wida yg da 4 TAHUN tak jumpe tau tak ! arghh..heppy sangatt..*perkara yg xperlu dihebahkan..oke..tapi mmg seronok...serius..dah lame sgt wida xjumpe die,last jumpe after ambik result spm,lepas tu masing2 hilang wat hal masing2....last2 baru dapat tau yg die pon bakal bekerja di Putrajaya ni,haa,tu yg eksaited sgt tuh nk jumpe,dah dekat kan..

And buat pertame kali jugak lah wida kuar naik bus..kete xder..uhuk2 T.T...punyer laa lame tggu bus kt bustop tuh,huh,xper2..kawan lame punyer pasal..sanggup beb,haha..lepas tu dpt laa bus kan and smpai laa kt tempat yg kitorang da deal..korang rase kt mane tempat yg pemes kt ptrajaya nih?Alamanda laa kan..tuu jer mall yg ade..hikhok..lantak laa..bkn nk citer pasal Alamanda nihh,lepas turun bus tu..wida pon cari mane laa kawan wida nii..sambil2 cari tu sempat lagi pikir camne laa rupe kawan wida ni..dah berubah kah?macam selena gomez kah? mesti lain punyer lahh..

Tibe-tibe ternampak sorang perempuan yg tibe-tibe senyum kt wida,apsal minah nih,,datang dekat sikit,ooo...baru laa wida cam..heehe..kawan lame wida rupenye..haa kan,mmg lain die tau..sgtt cOmel..tak abis2 wida puji die..byk ckp nyer die,mngalahkan wida ,tu baru tanye khabar,,belom cakap pasal lain lagii..haha..lepas habis bersoal jawab,kawan wida ni ajak tgk wayang pulak..hmm...macam tau2 jer mmg wida nk tgk wayang pun..hehe..tapi citer tu pukul 4.15..haa,so kami pun lepak laa minum dulu,dan dari situ lah bermula nya cerita sok sek sok sek kami..hii..kalau gegurl dok lepak2 dorang akan borak ape jer?tak kan pasal politik kott,gosip?dok aiihh..yg penting bukan pasal Neelofa..Huhhh..borak punyer borak tak sedar pulak dah nk dekat pukul 4.15,,haha..kelam kabut..wayang dah nk mule..tu laa..byk sgt cerita nya..hiiii..

Dah abis tgk wayang tu,kami pun jalan2 lagi kt situ..dah alang2 sampai sane kan..takkan nk borak semata-mata..cuci mata skejapp..bukan tgk abg ensem okehh,,kami tgk laa kut-kut ade laa barang yg boleh dibeli ...hikk..mmg lame kami kt situ..dah byk kali pusing dah kt situ....tup2 dah nk malam..punyer laa lame kami pusing-pusing kt dlam tu..tapi rasa mcm skejap jer..haha..masing2 rase penat..so ape lagi..balik laa kann..dah macam2 cerita dah habis..dari satu bab ker satu bab,,hikhik..

Tapi kawan wida tu dah menetap di Putrajaya dah pun..so senang laa nk date ngn die lepas ni kan..tu baru sorang dah lame tak jumpe,,ade lagi yg lain..haha..nanti laa wida story lagi kalau dah jumpe mereka2 tu..hee..okboii. >,<





Thanks For Reading This.. Muahxx

Friday 4 January 2013

Cantiknya Wanita :)

Assalamualaikum .




Hal terindah dari wanita adalah bukan pada saat dia TERSENYUM bahagia,
tetapi saat AIRMATANYA jatuh dalam DOA...

Bukan kerana KATANYA yang INDAH,
tetapi saat BIBIRNYA basah dengan BERZIKIR...

Bukan kerana KECANTIKAN yang mempesona,
tetapi kerana SUJUDNYA pada Allah...

♥ Bukan kerana KEELOKAN TUBUHNYA,
tetapi kerana KETEGUHANNYA dalam menjaga AURAT...







Thanks For Reading This.. Muahxx

Kehidupan.....

Assalamualaikum .



Seorang anak mengadu kepada ibunya tentang kehidupan barunya di tempat kerja.

Dia baru sahaja grad dan bekerja di sebuah syarikat terkemuka ibu kota.

Macam-macam yang dirungutkannya; dari gaji yang sedikit, kerja yang menimbun, gosip rakan-rakan, hinggalah ke kesesakan jalan raya yang dihadapinya setiap pagi...

Ibunya hanya tersenyum, sambil tangannya ligat mengurus dapur manakala anaknya terus duduk bersungut di meja dapur meluahkan perasaan.

Sambil itu ibunya mengambil tiga periuk berisi air dan diletakkan dapur dan didihkan.

"Tolong ambilkan ibu sebatang lobak, sebiji telur dan sesudu serbuk kopi dari rak dapur", kata si ibu kepada anaknya.

Tanpa banyak soal si anak mengambil bahan masakan yang diminta ibunya.

Kemudian si ibu mengambil lobak, telur dan serbuk kopi yang dibawa anaknya ke dalam periuk berasingan yang berisi air yang sedang didihkan tadi.

Selang beberapa minit...

... periuk pertama - lobak yang keras, beransur-ansur menjadi lembut dan lembik.

... periuk kedua - telur yang rapuh dan lebut, menjadi semakin pejal dan keras.

... periuk ketiga - serbuk kopi menghilang dan sebati di dalam air dan mengeluarkan aroma yang harum dan segar.

"Lihat anakku", si ibu memecah hening.

"Air mendidih itu ibarat pancaroba dalam kehidupan ini", si ibu berkias.

"Ketiga-tiga lobak, telur dan kopi menghadapi 'cabaran' dan 'masalah' yang sama, iaitu air yang panas mendidih, tapi kesannya berbeza".

"Lobak asalnya keras dan kuat serta tidak mudah dipatahkan, tapi sekarang ia menjadi lembut dan rapuh sekali.

"Manakala telur yang asalnya rapuh dan cair di dalamnya sekarang bertukar kepada keras dan pejal di dalamnya.

"Manakala kopi pula yang asalnya hanyalak serbuk, telah meresap ke dalam air dan mengubah warna air malah menghasilkan aroma yang enak"

"Mana yang kau pilih, anakku?", duga sang ibu.

Sambil anaknya berfikir, si ibu meneruskan kiasannya

"Ada orang yang seperti lobak. Asalnya seorang yang kuat, tapi apabila mengahadapi cabaran dan pancaroba, dia menjadi semakin lemah dan lembik. Mereka menyerah kalah dengan kehidupan".

"Ada pula orang seperti telur, asalnya seorang yang lemah lemput tetapi apabila berhadapan cabaran demi cabaran hidup, dirinya semakin keras dan kasar.

"Berbeza pula dengan orang yang seperti kopi. Ketika keadaan menjadi semakin getir dan pancaroba semakin panas, ia menjadi semakin baik malah berjaya menghubah sekelilingnya menjadi lebih baik. Bukan dirinya yang berubah tapi keadaan sekelilingnya yang berubah".

"Nah, sekarang kau pilih sama ada untuk menjadi lobak, telur ataupun kopi.....", si ibu menghabiskan bicara.



:Sekadar berkongsi:

Thanks For Reading This.. Muahxx