Pages

Friday 23 May 2014

Jadikan Duniamu Itu Adalah Dunia Dakwah Bagimu

Assalamualaikum .




Wahai sahabatku,

Sungguh, dakwah itu tidak mudah..kerna itu disetiap jalan dakwah, akan ada ujiannya..

Jika dakwah itu memerlukan pengorbanan, maka korbankanlah..korbankan hartamu, jiwamu di jalan Allah..

Jika dakwah itu memerlukan air mata, maka biarkanlah..sungguh air mata perjuangan itu akan menjadi saksi buatmu kelak.

Jika dakwah itu memerlukan kekuatan, masuklah kalian didalam jemaah, bersama singa-singa Allah dalam menegakkan agama Allah yang satu.




Thanks For Reading This.. Muahxx

Thursday 22 May 2014

Kata Ustazah Khadijah Tentang Syurga

Assalamualaikum .


Teringat kata-kata dari ustazah khadijah, apabila datangnya seorang ulama didepan kamu dan dia menceritakan keindahan syurga kepadamu lalu kamu pun membayangkannya, bayanganmu itu masih lagi salah. Kerana keindahan syurga itu tidak dapat terlintas di fikiran. Tidak terluah dengan kata-kata. Tidak dapat bayang bagaimana keindahannya. Dan begitu juga dengan Neraka.



Kita nak masuk syurga, kena lakukan amalan. Tapi apabila kita melakukan sesuatu amalan, jangan kerana inginkan syurga semata-mata.

Tapi,

Biarlah kerana inginkan Redha Allah. Masukknya seseorang itu ke syurga adalah dengan Rahmat dan Redha Allah.



Thanks For Reading This.. Muahxx

Wednesday 21 May 2014

Ilmu itu Cahaya

Assalamualaikum .




Ilmu itu ibarat cahaya. Cahaya tidak akan pergi pada orang yang bermaksiat padaNya. Juga tidak akan pergi pada orang yang tiada adab dengan cahaya (ilmu) itu.


Tanda Allah sayangkan seseorang hambaNya, dia akan diberi kefahaman ilmu. Dia akan mudah faham dengan ilmu tersebut.


Kata murobbi ana, makin kita belajar, akan ada banyak perkara kita tak tahu, rasa diri jahil sangat. Ilmu Allah itu terlalu luas. Selagi ada masa kita cari ilmu. Masa muda-muda camni lah kita kena rajin bergerak cari ilmu. Nanti bila dah berumur, susah.


Selagi ada peluang.


Ambil.





Thanks For Reading This.. Muahxx

Dari Mana Kekuatan Itu Datang Kalau Bukan Dari Allah?

Assalamualaikum .







Dulu. Diri ini sangat takut pada kehidupan. Takut dengan cabaran. Takut dengan orang sekeliling. Dan yang parah lagi, takut dengan UJIAN.


Diri ini dulu takut untuk berjalan kalau tiada yang memimpin tangan ini.


Tapi tidak lagi sekarang. Kaki lebih berani melangkah sikit demi sedikit. Hati mula kuat dan kental. Kerana apa?


Kerana Dia.

Dia mengajar erti keberaniaan itu. Dia mengajar aku bagaimana harus bangkit setelah jatuh. Dia mengajar aku bagaimana harus kuat setelah lemah.

Aku baru sedar bahawasanya aku itu sentiasa 'berteman' . Dia yang sentiasa ada. Ada untuk menjaga dan membimbing diri ini.


Aku boleh katakan, "maka beruntung mereka yang sentiasa diuji dan sentiasa sabar. Sungguh tinggi darjat mereka disisi Allah".

Thanks For Reading This.. Muahxx