Pages

Wednesday, 21 May 2014

Dari Mana Kekuatan Itu Datang Kalau Bukan Dari Allah?

Assalamualaikum .







Dulu. Diri ini sangat takut pada kehidupan. Takut dengan cabaran. Takut dengan orang sekeliling. Dan yang parah lagi, takut dengan UJIAN.


Diri ini dulu takut untuk berjalan kalau tiada yang memimpin tangan ini.


Tapi tidak lagi sekarang. Kaki lebih berani melangkah sikit demi sedikit. Hati mula kuat dan kental. Kerana apa?


Kerana Dia.

Dia mengajar erti keberaniaan itu. Dia mengajar aku bagaimana harus bangkit setelah jatuh. Dia mengajar aku bagaimana harus kuat setelah lemah.

Aku baru sedar bahawasanya aku itu sentiasa 'berteman' . Dia yang sentiasa ada. Ada untuk menjaga dan membimbing diri ini.


Aku boleh katakan, "maka beruntung mereka yang sentiasa diuji dan sentiasa sabar. Sungguh tinggi darjat mereka disisi Allah".

Thanks For Reading This.. Muahxx

Sunday, 2 February 2014

Cara Mudah Selawat 100 Kali Sehari :)

Assalamualaikum .



Bismillahirrahmanirrahim...


Allahumma solli 'ala sayyidina muhammad
Allahumma solli 'ala sayyidina muhammad
Allahumma solli 'ala sayyidina muhammad


Kat sini wida nak share sikit cara mudah untuk kita selawat 100x dalam sehari. Semua sayang Rasulullah saw kan ? Mestilah, cinta hati kita. Sayang Rasulullah, perbanyakkan selawat ke atas Baginda dan ikut sunnah-sunnahnya.


Oke, cara-caranya adalah,

Bangun aje dari tidur, kita selawat 10 kali. *Nak lebih lagi bagus

Selesai solat subuh, selawat 10 kali.

Selesai solat Zuhur, selawat 10 kali

Selesai solat Asar, selawat 10 kali

Selesai Solat Maghrib, selawat 10 kali

Dan selesai solat Isyak tu, kita selawat lagi 10 kali. Baru 60 kan?


lagi 40 kali tu, kita buat masa selepas kita solat sunat Dhuha, 10 kali.

Sebelum tidur kita solat sunat Taubat dulu kan? oke, 10 kali.

Dan sebelum tidur tu, kita selawat lagi 20 kali.

Haa, cukup 100 kali kan? mudah jer kan? kita cuba istiqomah yang macam ni dulu, lama-lama kita boleh jadikan lebih dari seratus kan? kita buat sikit-sikit pun takpe, janji berterusan. Itu yang Allah swt suka ^_^ .


*Oke, sikit lagi pesanan dari penaja, ecehh. Sebelum kita tidur tu, biasakan mulut kita ni berzikir pada Allah swt, biasakan tangan kita ni pegang tasbih dan teeeeeruss berzikir, kalau boleh biar sampai terlelap pun takpe. Kita cuba yea. InsyaAllah . :)







Thanks For Reading This.. Muahxx

Siapakah Dia?

Assalamualaikum .



Sifat malunya sangat tinggi, itulah kecantikannya yang sebenar.

Pandai bergaul, tetapi tidak terlalu bebas dan terbatas.

Pakaiannya kemas, tetapi tidak mewah dan terlalu berlebih-lebihan.

Percakapannya sopan dan tidak pula suka menyindir dan memuji2 diri.

Maruahnya dijaga, kerana itulah harga dirinya.

Auratnya dijaga, kerana itulah aibnya.

Matanya selalu tertunduk di hadapan ajnabi dan tidak pula suka memandang perkara yang haram.

Siapa Dia? Dialah Muslimah...









Thanks For Reading This.. Muahxx